ADUN Kalaka Serah Cek RM100,000 Kepada Lembaga Amanah Masjid Saratok

AHAD, 15 MEI 2022

SARATOK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri telah menyerahkan cek berjumlah RM100,000 kepada Lembaga Amanah Masjid Saratok sempena Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Kalaka bertempat di Dewan Sri Krian Saratok pada Sabtu.

Selain daripada itu, beliau turut menyampaikan hadiah pertandingan Pintu Gerbang semasa sambutan Hari Raya di setiap kampung di Saratok.

Dalam pada itu, majlis turut dihadiri beberapa Ketua Masyarakat daripada pelbagai kaum di kawasan itu bagi memeriahkan majlis ramah tamah tersebut serta mengeratkan hubungan silaturahim di antara masyarakat yang hadir.

Pengisian program tersebut turut diselitkan dengan persembahan daripada artis jemputan, Daus Akademi Fantasia Musim Ke-8 bagi memeriahkan lagi suasana pada majlis tersebut. – EDISI UKAS

add comment