Kekalkan Hubungan Erat Antara Ketua Masyarakat

AHAD, 15 MEI 2022

BINTANGOR: Ahli Parlimen Tanjung Manis, Ir. Yusuf Abdul Wahab berharap hubungan baik di antara ketua Masyarakat tempatan di Daerah Meradong terus kekal dan sentiasa berhubung antara satu sama lain demi kelangsungan pembangunan di kawasan tersebut.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan bersempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri bertempat di rumah Pemanca Rapen Sukin Anga pada Jumaat.

Dalam pada itu, Ir Yusuf sempat bergaul mesra bersama dengan Pemangku Pegawai Daerah Meradong serta Ketua Masyarakat Melayu Daerah Meradong yang turut hadir.-EDISI UKAS

add comment