Pertandingan Lensa Ramadan & Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2022, Lebih 80 Penyertaan Diterima

AHAD, 15 MEI 2022

MIRI: Sehingga kini, seramai 80 penyertaan telah diterima dalam Pertandingan Lensa Ramadan dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2022. 

Menurut Presiden Persatuan Wartawan Utara Sarawak (NSJA) Andy Jong Wan Joon dan pengerusi pengelola Mohd Aliff Idzwan Abdullah, biarpun penyertaannya tamat pada 16 Mei ini, masyarakat Miri masih dialu-alukan menyertai pertandingan ini.

Mereka yang ingin menyertainya boleh menghantar bersama gambar pertandingan dan maklumat nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon bimbit, alamat emel dan tempat pengambilan gambar melalui emel dan hantar ke nsja.miri@gmail.com sebelum tarikh tutup penyertaan. 

Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Co-Sponsor Shun Shen Lee Trading (Miri) Sdn Bhd menerima sumbangan hadiah dari Jimmy Yii Pengurus Shun Shen Lee Trading (Miri) Sdn Bhd pada Jumaat. 

Hadiah keseluruhan RM5,000 menanti pemenang dan jemputan kehormat Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan I Datuk Sebastian Ting Chiew Yew. 

Manakala, penaja bersama Syarikat Siti Payung dan Shun Shen Lee Trading  (Miri) Sdn Bhd akan menyumbangkan 16 hamper dan 16 pek beras kepada semua pemenang.

Majlis penyampaian hadiah dan keputusan akan diumumkan kemudian dengan setiap pemenang boleh memenangi hadiah wang tunai, sijil dan hadiah dari Siti Payung dan Beras Shun Rice.

Untuk maklumat lanjut, boleh melayari laman Facebook rasmi NSJA Miri.-EDISI UKAS

add comment