Tapak Medan Selera Selangau Sedang Dikenalpasti, Tunggu Kelulusan JTS

AHAD, 15 MEI 2022

SELANGAU: Kerajaan telah meluluskan peruntukan kepada Majlis Daerah Luar Bandar Sibu bagi pembinaan Medan Selera Selangau pada tahun 2018.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin, Ir Christopher Gira Sambang berkata ketika ini pihaknya masih menunggu Jabatan Tanah dan Survei (JTS) untuk meluluskan tapak medan selera itu nanti.

Katanya, medan selera itu diharap dapat menarik orang dari luar Selangau datang ke situ apabila ia siap kelak.

Berucap semasa Perasmian Tapak Bazaar Gawai Selangau anjuran Pergerakan Wanita Parti Rakyat Sarawak (PRS) pada Jumaat, beliau berkata bazaar seperti itu akan dibuat setiap tahun sekiranya tak ada apa-apa halangan di masa akan datang.

Sementara itu, Ahli Dewan Negara Senator Rita Sarimah Patrick Insol yang turut hadir ada program itu menjelaskan Bazaar Gawai itu akan membantu meningkatkan ekonomi penjaja di kawasan itu.

Program disertai kira-kira 1,000 pengunjung itu dimeriahkan dengan dengan persembahan artis tempatan, Ricky L. – EDISI UKAS

add comment