100 Individu Terima Bantuan Sumbangan Majlis Sejambak Kasih Hari Gawai 2022

ISNIN, 15 MEI 2022

KANOWIT: Seramai 100 orang menerima bantuan sebanyak RM100 beserta hamper daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Sibu dan Kanowit dalam Majlis Sejambak Kasih Hari Gawai 2022 bertempat di Dewan Pejabat Daerah Kanowit pada Sabtu.

Simbolik penyampaian bantuan tersebut telah disempurnakan oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian Sibu, Imelda Piar Kunchui Uli kepada enam orang penerima Kenyalang Gold Card dan enam orang penerima bantuan ihsan kematian berjumlah RM3,000.

Imelda dalam ucapannya berkata sebanyak RM81,457,070 telah disalurkan oleh JKM sejak Januari sehingga April 2022 kepada 51,495 penerima bantuan bulanan di seluruh Sarawak.

Manakala bagi Bahagian Sibu, sebanyak RM10,580,270 disalurkan kepada 6,500 penerima bantuan yang terdiri daripada skim bantuan golongan warga emas, bantuan Am, Bantuan Kanak-kanak, elaun pekerja orang kurang upaya (EPOKU), bantuan penjagaan OKU/pesakit kronik terlantar (BPT) dan bantuan UKO tidak berupaya bekerja (BTB).

Jelasnya lagi, bagi Bahagian Sibu seramai 3807 orang penerima bantuan akan menerima sumbangan sempena Hari Gawai Dayak 2022 dengan jumlah sumbangan RM380,700.

Mengulas lanjut, objektif majlis tersebut diadakan bagi meringankan beban kewangan serta menceriakan penerima bantuan yang kurang berkemampuan sempena sambutan Hari Gawai Dayak yang bakal tiba.

Turut hadir pembantu peribadi kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah merangkap naib pengerusi Parti Rakyat Sarawak (PRS) Bahagian Ngemah, Kaunselor Cliff Unting yang mewakili ADUN Ngemah, Anyi Jana.-EDISI UKAS

add comment