50 Anak Yatim Terima Sumbangan Duit Raya

ISNIN, 16 MEI 2022

SIBU: Seramai 50 anak yatim dari Kompleks Kebajikan Juma’ani Tuanku Haji Bujang telah menerima sumbangan duit raya dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Bukit Assek pada Sabtu.

Simbolik penyerahan sumbangan tersebut disampaikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka, Dr Annuar Rapaee bersama ADUN Bukit Assek, Joseph Chieng Jin Ek.

Turut hadir Ahli Lembaga PERYATIM Sarawak merangkap Pengerusi PERYATIM Sibu, Dato Mohamad Yusnar Matalie.-EDISI UKAS

add comment