81 Rumah Panjang Di DUN Repok Terima Bantuan Projek Pintu

ISNIN, 16 MEI 2022

REPOK : Sebanyak 81 buah rumah panjang yang didiami sebanyak 1123 pintu di kawasan Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok telah menerima bantuan Projek Pintu pada Ahad.

Wakil ADUN Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii, Kapitan Ling Dien Yong telah membuat lawatan ke rumah-rumah panjang tersebut bagi meninjau dan melihat sendiri serta memahami kesukaran rakyat.

Dato’ Sri Huang Tiong Sii melalui wakilnya, turut menyeru penduduk rumah panjang untuk memberi sokongan penuh kepada barisan kabinet kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti SUPP dan khasnya kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg yang telah banyak membantu dari segi pembangunan di kawasan luar bandar.

Sementara itu, penduduk rumah panjang amat berterima kasih kepada Dato’ Sri Huang di atas bantuan yang diberikan untuk meningkatkan taraf hidup rumah panjang dan menggalakkan pembangunan rumah panjang.-EDISI UKAS

add comment