ADUN Repok Sumbang RM500 kepada Jakar Guan Jing Yin She Sempena Hari Wesak 2022

ISNIN, 16 MEI 2022

REPOK : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii telah menyumbangkan RM500 kepada Guan Jing Yin She dalam Program Pertandingan Menyanyi Lagu Buddha Sempena Hari Wesak Tahun 2022 pada Sabtu.

Beliau yang diwakili oleh Penghulu Hwang Tiong Kang turut berkesempatan meraikan ulang tahun kelahiran Buddha dengan meriah serta telah disambut baik oleh penganut-penganut Buddha di DUN Repok.

Terdahulu, Penghulu Hwang Tiong Kang turut merasmikan Bazaar Gawai Sarikei 2022 anjuran Serakup Dagang Dayak Sarikei dengan kerjasama Majlis Daerah Sarikei di Perkarangan Tempat Letak Kereta Dewan Central, Sarikei.

Bazaar tersebut akan diadakan selama dua minggu iaitu bermula 4 Mei 2022 sehingga 28 Mei 2022 yang bertujuan untuk menyemarakkan semangat keusahawanan di kalangan peniaga kecil Dayak daerah berkenaan.

Antara pengisian program adalah, persembahan tarian “Selamat Datang”, lawatan ke gerai bazaar serta penyampaian cenderahati setelah upacara simbolik perasmian program berkenaan.-EDISI UKAS

add comment