Ahli Parlimen Baram Meriahkan Majlis Pra Gawai Masyarakat Kedaya Telang Usan

ISNIN, 16 MEI 2022

MIRI: Masyarakat Kedaya Telang Usan telah mengadakan Majlis Pra Gawai Dayak di Gua Long House, Jalan Bakam di Miri pada Sabtu. 

Majlis tersebut telah dihadiri Ahli Parlimen Baram Angi Ngau bersama kira-kira 300 peserta. 

Pelbagai acara menarik telah diadakan antaranya Datun Julut dan beberapa lagi mainan tradisi masyarakat Orang Ulu. 

Majlis Pra Gawai ini diadakan bertujuan menghimpun masyarakat khususnya kaum Dayak yang akan menyambut Gawai tidak lama lagi di samping mengeratkan silaturahim yang telah lama terjalin.-EDISI UKAS

add comment