PERKESO Adakan Sesi Taklimat Program Libat Urus OBS Bersama Komuniti Rumah Panjang

ISNIN, 16 MEI 2022

BUKIT SABAN : Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Sri Aman telah mengadakan sesi taklimat mengenai kelebihan dan tawaran baru PERKESO dalam program Libat Urus Orang Bekerja Sendiri (OBS) di Rumah Panjang Mendit Unsu Penom Paku baru-baru ini.

Terdapat beberapa faedah-faedah tersendiri apabila mencarum dalam PERKESO dan tawaran baru ini merupakan inisiatif PERKESO untuk membantu mereka yang berkerja sendiri sama seperti mereka yang berkerja untuk syarikat – syarikat besar ataupun kecil.

Program anjuran Agro Bank Betong dan Ahli Peladang Paku Ulu itu berjalan lancar serta mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) fasa endemik yang telah ditetapkan.

Antara pegawai yang hadir ialah Pengurus Pejabat, Joseph Sawong; Pegawai Eksekutif, Evelyn Wong; Pegawai SIP, Sabrina Wilson; Penolong Pengurus Kes, Felicia Lai serta Pegawai Kerani, Jefferson Galan.-EDISI UKAS

add comment