61 Peserta Berentap Dalam Pertandingan Memancing SABERKAS Cawangan Layar

SELASA, 17 MEI 2022.

BETONG: Pertandingan memancing anjuran SABERKAS Cawangan Layar yang diadakan di Tebingan Sungai Layar, Kampung Melayu Betong pada Ahad mendapat sambutan menggalakkan menyaksikan seramai 61 peserta mendaftar diri.

Juara Kategori Udang telah dimenangi Luise Ladih Colin untuk membawa pulang wang tunai RM500 manakala Juara Kategori Ikan pula dimenangi Ajis Bukhari sekali gus menggondol RM300.

Dalam pada itu, Tangkapan Udang Paling Pantas dimenangi Yunus Seruji untuk memenangi RM100 dan Tangkapan Udang Paling Besar digondol Luise Ladih Collin untuk menerima RM100.

Selain itu, turut diadakan aktiviti sampingan bagi memeriahkan program seperti pertandingan mewarna kanak-kanak, anyaman ketupat dan pertandingan dart.

Turut hadir meriahkan Program tersebut ialah Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan merangkap ADUN Layar, Dato Gerald Rentap Jabu bersama tetamu yang lain.

Selesai program tersebut, Dato Gerald Rentap menghadiri ‘Pekit Begiga Entelah’ sempena Karnival Gawai Dayak Betong 2022 yang diadakan di Dewan Panglima Rentap.

Pada sebelah malam pula, Dato Gerald Rentap meluangkan masa menghadiri Pertandingan Karaoke sempena Karnival Gawai Betong Tahun 2022 anjuran Jawatankuasa Perayaan Gawai Peringkat Bahagian Betong 2022 di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan.

Seramai sepuluh orang bertanding pada pertandingan akhir bagi merebut hadiah utama iaitu wang tunai RM500, naib juara RM400, tempat ketiga RM300, persembahan terbaik RM200, vokal terbaik RM200 dan saguhati RM100 untuk tempat keempat hingga ke-10.

Beliau juga berkesempatan menyantuni para peserta dan pengunjung program seterusnya menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Para peserta dan hadirin kelihatan teruja semasa menghadiri program tersebut selepas lebih dua tahun tidak mengadakannya akibat pandemik COVID-19.- EDISI UKAS

add comment