Dr.Richard Rapu Merasmikan Pertandingan Tarik Tali Sempena Karnival Gawai Dayak Bahagian Betong Tahun 2022

SELASA, 17 MEI 2022.

BETONG: Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Dr.Richard Rapu, merasmikan Pertandingan Tarik Tali sempena Karnival Gawai Dayak Bahagian Betong Tahun 2022, di Perkarangan Politeknik Metro Betong, pada Ahad.

Kehadiran beliau memberi kata-kata semangat dan seterusnya menyaksikan sendiri pertandingan tersebut.

Hadiah turut disampaikan oleh Dr.Richard Rapu kepada juara pemenang bagi Kategori Lelaki iaitu TRASS Merah, Naib Johan FELCRA B, Tempat Ketiga FELCRA A dan Tempat Keempat LANDAS II.

Bagi Kategori Wanita pula Juara dimenangi oleh Politeknik Metro, Naib Johan Rawak Local dan Tempat Ketiga Tebilang Wanita.

Turut hadir sama, Pengetua SMK St Augustine selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Perayaan Hari Gawai Dayak, Ujai Sambau dan Pegawai Bomban di Betong, selaku Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tarik Tali, Henry Jugah.-EDISI UKAS

add comment