SELASA, 17 MEI 2022
MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) akan melakukan operasi pemotongan pokok dari lampu isyarat persimpangan E-mart ke Terminal Lapangan Terbang Miri bermula esok.
Dalam satu kenyataan media, MBM menjelaskan ia akan dijalankan dari 18 hingga 20 Mei 2022, jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi dan 2:00 petang hingga 4.30 petang.
Sehubungan itu, MBM mengingatkan pengguna-pengguna jalan raya berkenaan untuk lebih berhati-hati semasa operasi itu dijalankan.
Tambah MBM lagi, sekiranya cuaca tidak mengizinkan, kerja-kerja yang dirancang ini akan ditangguhkan sehingga ia diberitahu lagi kelak. -EDISI UKAS