Beberapa Projek RTP Akan Dilaksana Di DUN Daro pada 2022

KHAMIS, 19 MEI 2022

DARO: Beberapa Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) telah dirancang untuk dilaksanakan pada tahun 2022 bagi kawasan Daro.

Sehubungan itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) Daro dan Jabatan Pengairan & Saliran Bahagian Mukah selaku angensi pelaksana telah membuat lawatan tapak projek berkenaan di Nanga Passin dan Kg. Sawai pada Selasa.

Lawatan itu bertujuan menyemak sama ada spesifikasi kerja dan tapak yang betul untuk pelaksanaan projek dipenuhi.

Ini bagi memastikan agensi berkenaan dapat menyediakan spesifikasi hasil kerja yang baik dan projek yang disiapkan adalah selaras dengan permintaan di kawasan tersebut.

Antara tempat yang dinaiktaraf adalah Dewan Kampung Sawai, Matu, Naiktaraf Jeti dan Pontoon di Kampung Sawai, Matu dan titian belian di rumah-rumah panjang di Sungai Passin, Matu. – END

add comment