KHAMIS, 19 MEI 2022
PUSA: GiatMara Zon Pusa berpotensi untuk melahirkan belia yang berkemahiran dalam bidang jahitan sekaligus menjana pendapatan.
Pengurus GiatMara Zon Pusa, Helmi Faizal Gani berkata, bidang jahitan kini semakin mendapat permintaan tinggi.
Katanya, golongan belia perlu mengambil peluang dalam bidang jahitan kerana ia mampu memberi pulangan yang agak lumayan.
Beliau berkata demikian dalam Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran GiatMara Zon Pusa pada Rabu.
Sementara itu, Helmi memberitahu, GiatMara adalah institusi kendalian kerajaan yang menyediakan latihan teknikal dan vokasional berkualiti tinggi, untuk tenaga kerja yang berkelayakan dan perniagaan bumiputera yang berdaya saing.
Turut hadir sama, SAO Pejabat Daerah Pusa, Anthony Peter, SAO Pejabat Daerah Pusa, Iszarul Japar serta tetamu jemputan lain. -EDISI UKAS