Program Jualan Keluarga Malaysia Parlimen P.215 Kapit

KHAMIS, 19 MEI 2022

KAPIT: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan menganjurkan Program Jualan Keluarga Malaysia Parlimen P.215 Kapit dari 21-22 Mei 2022 di tempat letak kereta perkarangan Dewan Suarah Kapit.

Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) ini adalah salah satu inisiatif dan langkah proaktif KPDNHEP bertujuan untuk meringankan kos sara hidup dan beban hidup rakyat.

Ia akan diadakan menerusi kerjasama antara KPDNHEP dan Kedai Sebaneka Keluarga, Kapit bermula dari jam 9 pagi hingga 4 petang.

Perasmian PJKM Peringkat Parlimen Kapit akan dirasmikan oleh Menteri KPDNHEP merangkap Ahli Parlimen Kapit, Dato Sri Alexander Nanta Linggi pada 22 Mei 2022.

Sehubungan itu, KPDNHEP menyeru masyarakat sekitar untuk datang beramai-ramai ke program berkenaan. – EDISI UKAS

add comment