ADUN Tebedu Gesa AFF Diteruskan Bagi Membantu Sektor Petanian

JUMAAT, 20 MEI 2022

KUCHING: Dana Fasiliti Pertanian (AFF) perlu diteruskan bagi memacu sektor pertanian khususnya di kawasan Tebedu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu, Dr Simon Sinang Bada berkata, masih banyak keperluan peruntukan dari segi pembinaan jalan pertanian di kawasan berkenaan bagi kemudahan warga tani.

Malah katanya, ia juga akan meningkat pendapatan golongan petani melalui sektor pertanian moden.

“Lebih banyak dana diperlukan untuk menyediakan jalan pertanian kepada petani supaya mereka boleh memodenkan serta memperkasakan teknik pertanian mereka.

“AFF merupakan satu inisiatif yang baik, saya menggesa dan merayu kepada kerajaan Sarawak untuk meneruskan program ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Usul Penghargaan Atas Ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak dalam Persidangan DUN Sarawak Ke-19 pada Jumaat.

Selain itu, Dr Simon menambah Program Tranformasi Luar Bandar(RTP) merupakan inisiatif cemerlang oleh kerajaan Sarawak yang telah membawa banyak pembangunan dan kemajuan kepada penduduk di luar bandar.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru kepada kerajaan negeri melalui Majlis Daerah Serian, Jabatan Pertanian Negeri Sarawak atau Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)untuk membina sebuah pasar tamu yang tetap di Tebedu. -EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia