Datu Len Santuni Mangsa Kebakaran Kampung Belawai

JUMAAT, 20 MEI 2022

BELAWAI: Mangsa kebakaran yang berlaku di Kampung Belawai pada minggu lepas mendapat simpati Timbalan Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Sarawak merangkap ADUN Kuala Rajang, Datu Len Talif Salleh.

Bagi meringankan beban mangsa, Datu Len telah menghulurkan sedikit sumbangan yang diserahkan Pusat Khidmat N.41 Kuala Rajang pada Jumaat.

Beliau dalam pada itu berharap sumbangan itu dapat meringankan beban keluarga mangsa serta tabah menghadapi ujian tersebut.

Selain itu, Datu Len juga sedia membantu mangsa iaitu Hasbat Itiet melalui Tabung Bencana Negara.

Beliau juga menasihatkan semua agar sentiasa berhati-hati berikutan kes kebakaran rumah yang kerap berlaku kebelakangan ini.

Ujarnya, penglibatan penduduk Kampung Belawai dalam membantu mangsa juga amat dialu-alukan.

Kejadian yang berlaku pada 15 Mei lepas memusnahkan hampir keseluruhan rumah berkenaan namun tiada kemalangan jiwa berlaku. – EDISI UKAS

add comment