JUMAAT, 20 MEI 2022
TATAU: Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Daerah Tatau akan mengadakan aktiviti gotong-royong di Pejabat Daerah Tatau pada Rabu.
Pegawai Daerah Tatau Jabang Juntan berkata, program ini diadakan bagi mengeratkan hubungan antara KMKK bersama dengan One Stop Committee (OSC)- Menangani Isu Dadah dan Substance (MIDS) Daerah Tatau serta Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Daerah Tatau.
“Program seperti ini mendapat sambutan menggalakkan daripada KMKK dengan jumlah kehadiran yang agak ramai,” katanya ketika ditemui semasa hadir pada program berkenaan.
Antara pengisian program itu ialah membersihkan kawasan sekitar pejabat daerah, memotong rumput dan membersihkan longkang tersumbat.
Selain itu, program ini juga dapat meningkatkan kesedaran terutamanya dalam kalangan KMKK supaya mereka sentiasa peka dan sentiasa memberi kesedaran kepada penduduk iaitu komuniti bebas dadah.-EDISI UKAS