Sambutan ‘Kongsi Raya’ Peringkat SK Spaoh 2022 Tetap Meriah

JUMAAT, 20 MEI 2022

BETONG: Majlis Sambutan ‘Kongsi Raya’ Peringkat Sekolah Kebangsaan (SK) Spaoh 2022 tetap meriah meskipun diadakan secara sederhana di dewan terbuka sekolah tersebut pada Khamis.

Ianya diadakan bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri, Hari Gawai yang bakal tiba dan Tahun Baru Cina yang telah diraikan pada Februari lepas secara serentak di peringkat sekolah.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Pegawai Unit Komunikasi Awam dan Penerangan (UKAS) Sarawak, Tony Malang Chabu yang mewakili Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Turut hadir Guru Besar SK Spaoh Rabia Andom, Pegawai daripada Pusat Khidmat DUN N.37 Bukit Saban Nahariah Mohd Sapawi dan Yang Dipertua PIBG SK Spaoh Rush Berahim. – EDISI UKAS

add comment