Ahli Parlimen Kanowit Luang Masa Sertai Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Anjuran LAKIK

AHAD, 22 MEI 2022

KANOWIT: Timbalan Menteri Kesihatan II Malaysia, Datuk Aaron Ago Dagang meluangkan masa memeriahkan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Islam Kanowit (LAKIK) di Kampung Hilir, Kanowit pada Sabtu.

Dalam ucapan ringkasnya, beliau merakamkan tahniah kepada pihak LAKIK kerana dapat menganjurkan program itu dengan baik walaupun komuniti Islam di Kanowit tidak ramai.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kanowit juga berharap semangat keluarga Malaysia kekal teguh di kawasan itu di mana penduduk boleh ‘ngabang’ atau berziarah tanpa rasa takut atau was-was.

Selain itu, beliau juga berjanji akan melihat keperluan dan kebajikan komuniti Islam di Kanowit. – EDISI UKAS

add comment