Ir Yusuf Abdul Wahab Meriahkan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2022 Zon Tanjung Manis

SABTU, 22 MEI 2022

TANJUNG MANIS : Ahli Parlimen Tanjung Manis, Ir Yusuf Abdul Wahab telah hadir memeriahkan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2022 di tiga lokasi di Zon Tanjung Manis pada Sabtu.

Lokasi pertama dikunjungi beliau ialah Dewan Masyarakat Kampung Rajang, seterusnya ke Dewan Masyarakat Kampung Jeririh dan Dewan Masyarakat Kampung Belawai.

Pelbagai acara diadakan bagi memeriahkan majlis seperti persembahan nyanyian, cabutan tiket bertuah dan sumbangan duit raya.

Selain itu, pelbagai juadah hidangan turut disediakan oleh penduduk seperti lemang, rendang, ketupat dan kuih muih yang beraneka jenis.

Majlis anjuran Pusat Khidmat Tanjung Manis itu katanya, amat bermakna kerana ianya dapat memeriahkan suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini di samping mengeratkan silaturahim antara penduduk kampung.-EDISI UKAS

add comment