Program Mini Karnival Kerjaya Outreach Kanowit Bantu Penggangur Cari Perkerjaan

AHAD, 22 MEI 2022

KANOWIT: Setelah dua tahun tidak diadakan, Program Mini Karnival Kerjaya Outreach Kanowit kembali diadakan semula bagi membuka peluang pekerjaan kepada mereka yang masih menganggur.

Timbalan Menteri Kesihatan II Malaysia merangkap Ahli Parlimen Kanowit, Datuk Aaron Ago Dagang dalam ucapannya berharap agar masyarakat memanfaatkan peluang mendapatkan pekerjaan dari program yang telah dianjurkan oleh pihak PERKESO.

Datuk Aaron juga berharap agar program yang diadakan seperti itu akan menjadi program tahunan di Kanowit bagi membantu golongan yang tidak mempunyai pekerjaan.

Pengisian program antaranya ceramah perkhidmatan pekerjaan PERKESO, kuiz atas talian, sesi temuduga, sesi penyerahan kotak Prohatin dan alat pemulihan kepada penerima faedah PERKESO dan tinjauan tetamu kehormat ke kaunter pendaftaran Myfuturejobs.

Turut hadir Timbalan Pengarah PERKESO Sarawak Juna, Pegawai Daerah Kanowit, Kathreen Lalai, Penghulu Ron, Penghulu Charlie dan Penghulu Ugap.-EDISI UKAS

add comment