AHAD, 22 MEI 2022
SONG : Pejabat Daerah Song dan Majlis Guru Besar Daerah Song telah bekerjasama dalam penganjuran Upacara Miring sempena Mantar Gawai Dayak Daerah Song pada Sabtu.
Dalam perarakan tersebut, peserta yang terdiri daripada Kelab Gagong Sarawak serta daripada pelbagai agensi kerajaan, Ahli Jawatankuasa (AJK) dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) mengenakan pakaian traditional.
Ia adalah bertujuan memperingati budaya Niti Daun dan memperagakan Pakaian Traditional Kaum Dayak.
Program berjalan lancar dan telah dikawal selia oleh pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) serta Jabatan Kesihatan.-EDISI UKAS