Ahli Parlimen Batang Lupar Sumbang 50 Bakul Makanan kepada Enam Rumah Panjang di Maludam

ISNIN, 23 MEI 2022

PUSA: Ahli Parlimen Batang Lupar, Dato Sri Rohani Abdul Karim telah menyantuni enam buah rumah panjang dengan menyerahkan sumbangan sebanyak 50 bakul makanan di sekitar Daerah Kecil Maludam bagi meringankan beban penduduk menjelang Hari Gawai kelak.

Dalam pada itu ,Dato Sri Rohani turut menyampaikan khairat kematian kepada empat keluarga di sekitar Kampung Maludam.

Jelasnya,dengan bantuan tersebut dapat meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarga tersebut.

Berucap ringkas dalam Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Parlimen Batang Lupar di Kampung Maludam pada Ahad, beliau berkata, Program Mesra Rakyat yang diadakan berjalan dengan baik terutamanya di kawasan Maludam.

Tambahnya lagi, Ketua Kaum dan Ketua Masyarakat (KMKK) turut memainkan peranan penting dalam mengenalpasti dan mendekati pengundi berusia 18 tahun.

Turut hadir dalam majlis ramah tamah tersebut ialah, SAO Pejabat Daerah Kecil Maludam, Noraini Aden, wakil ADUN Lingga, Awang Ismail Awang Ibrahim, Penghulu Zon Maludam, Masxain Ahmad Rais dan Ketua Wanita PBB Zon Maludam, Hajijah Hablon. -EDISI UKAS

add comment