Penubuhan Pusat Sokongan Pelancong Taman Negara Lundu-Sematan Dilulus Di bawah RMKe-12

ISNIN, 23 MEI 2022

KUCHING: Projek untuk membangunkan dan menubuhkan Pusat Sokongan Pelancong Taman Negara di Lundu-Sematan telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew memberitahu, Sarawak Forestry Corporation (SFC) merupakan agensi pelaksana bagi projek yang dianggarkan menelan kos RM3 juta itu. 

“Sebuah projek telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) Peruntukan Negeri iaitu Develop and Establish National Park Tourist Support Centre in Lundu-Sematan. Agensi pelaksana adalah Sarawak Forestry Corporation (SFC),” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Datu, Azizul Annuar Adenan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 pada Isnin.

Datuk Sebastian menambah, projek ini meliputi pembinaan sebuah pusat maklumat pelancong yang lengkap dengan bahan pameran dalam bentuk AR da PR  berkaitan dengan destinasi menarik di kawasa Lundu-Sematan termasuk semua taman negara di lundu sematan.

Ujar Ahli Dewan Undangan Negeri Piasau itu lagi, perancangan lain yang sedang dilaksanakan oleh SFC adalah permohonan peruntukan untuk cadangan peningkatan kemudahan eko-pelancongan di Taman Negara Tanjung Datu, Kuching Sarawak.

Katanya lagi, sebagai satu usaha untuk menambah penyertaan penduduk luar bandar di dalam eko-pelancongan berasaskan komuniti (CBET), kementerian dengan kerjasama agensi berkaitan telah mengadakan program lawatan kerja di Daerah Lundu pada 2 hingga 4 Mac 2022.

“Sehubungan itu, satu program susulan iaitu sesi libat urus dengan Pengusaha Homestay dan Produk Pelancongan akan diadakan pada 11 hingga 12 Jun 2022 di Lundu.

“Diharapkan nanti lebih ramai pengusaha homestay dapat didaftar dan lebih banyak lagi produk pelancongan di sekitar Lundu-Sematan dapat dikenalpasti,” kata Datuk Sebastian.-EDISI UKAS

add comment