Serap Generasi Muda Demi Kelangsungan Persatuan Pada Masa Depan

ISNIN, 23 MEI 2022

MIRI: Penglibatan generasi muda di dalam setiap persatuan penting bagi mengekalkan kelangsungan pada masa akan datang.  

Menurut Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dr. Ripin Lamat, dengan adanya golongan belia ini peranan persatuan akan lebih dinamik dan berdaya saing sesuai dengan peredaran zaman. 

“Menyentuh mengenai kelangsungan persatuan kita, memang perlunya pengambilan ahli baharu terutamanya generasi muda. 

“Kita lihat barisan kepimpinan yang ada sekarang perlu kita serapkan generasi muda. Mungkin kita boleh mulakan daripada anak dan cucu kita yang merupakan antara pelapis kepimpinan persatuan,” katanya semasa berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tiga Tahun Sekali dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Persatuan Melayu Miri (PMM) di Bangunan Persatuan Melayu Miri, Jalan Kipas pada Sabtu. 

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada Persatuan Melayu Miri (PMM) yang telah bergiat aktif dan bekerjasama dengan persatuan lain di Miri dalam menjayakan aktiviti kemasyarakatan semasa pandemik, selain membantu golongan yang memerlukan. 

Pada majlis itu juga, Dr Ripin turut menyerahkan cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) masing-masing berjumlah RM10,000 kepada PMM, Persatuan Melanau, Persatuan Jatti Miriek dan Majlis Ketua Masyarakat Melayu Miri (MAKMUM). 

Hadir sama Pengerusi Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Miri (LAKMM) Datuk Abdillah Abdul Rahim, Setiausaha Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Miri (LAKMM) merangkap Ketua Masyarakat Bahagian Miri Temenggong Datu Abdul Rahman Fadzail, Pengerusi PMM Razali Alision dan Penasihat PMM Talhah Mansor. -EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia