Anyi Fokus Empat Bidang Utama Untuk Pacu Pembangunan DUN Ngemah

SELASA, 24 MEI 2022

KANOWIT: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah, Anyi Jana memfokuskan empat bidang utama iaitu infrastruktur, pendidikan, sosio-ekonomi dan belia dalam membangunkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ngemah.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pecah Tanah Tapak Rumah Panjang Baru Rumah Rengga pada Sabtu.

Tambahnya lagi, bagi pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang ingin membuat permohonan bagi membina rumah panjang yang baru hendaklah membuat permohonan secara rasmi kepada Housing Development Corporation (HDC) ataupun permohonan sebarang bajet melalui Projek Kecil Luar bandar (RTP) di Pusat Khidmat ADUN Ngemah bagi mendapatkan sokongan daripada beliau.

Selain itu, Anyi Jana berkata beliau akan mengadakan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat (MPBR) dengan kerjasama Pejabat Daerah Kanowit bagi bekerjasama rapat di antara masyarakat dengan pihak Kerajaan bagi membolehkan pembangunan yang dirancang dapat disalurkan dengan sebaiknya.-EDISI UKAS

add comment