ADUN Saribas Serah RM180,000 Kepada KMKK

RABU, 25 MEI 2022

BETONG: Sebanyak RM180,000 cek telah disumbangkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Mohammad Razi Sitam kepada Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) bertempat di Dewan Komuniti Debak pada Ahad.

Sumbangan tersebut diserahkan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Saribas bagi membantu pihak  merancang dan melaksanakan sebarang program atau aktiviti bersempena perayaan Hari Gawai dan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Dalam pada itu, beliau yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak turut berkesempatan menjemput kesemua KMKK yang hadir untuk turut serta ke Majlis Sambutan Gawai Raya yang bakal diadakan pada 28 Mei 2022.

Selain itu, Mohammad Razi turut berkesempatan melawat tapak projek Naiktaraf Gelanggang Futsal Balai Polis Debak dan Tapak Projek Pembinaan Surau Baru Kampung Lalang Debak sambil diiringi Penolong Pegawai Daerah Kecil Debak, Nazari Bujang.-EDISI UKAS

add comment