Kerajaan Sarawak Rancang Penubuhan Jabatan Perikanan Sarawak

RABU, 25 MEI 2022

KUCHING: Kerajaan Sarawak sedang merancang penubuhan Jabatan Perikanan Sarawak (DOF) untuk mempercepat dan mengawal selia pembangunan industri perikanan di negeri ini.

Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, pada masa ini, pembangunan perikanan darat adalah di bawah Jabatan Pertanian Sarawak, manakala perikanan marin diuruskan oleh Jabatan Perikanan Malaysia.

“Cadangan penubuhan DOF Sarawak dijangka memacu pembangunan industri perikanan ke arah menjadikan Sarawak sebagai hab pengeluaran perikanan utama di rantau ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi penggulungan kementeriannya dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 di sini pada Rabu.

Sementara itu, Dato Sri Dr Stephen memaklumkan, Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk memberi kuasa kepada Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia Cawangan Sarawak untuk meluluskan pengeluaran lesen menangkap ikan laut dalam.

Sehubungan itu, satu jawatankuasa akan ditubuhkan dan dipengerusikan oleh  Pengarah DOF Malaysia, Sarawak dengan setiausaha tetap kementeriannya.

Jelasnya,  ini merupakan satu lagi pencapaian di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dalam menjaga kepentingan Sarawak. -EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia