MBM Anjur Karnival Pada 26 & 27 Mei 2022

RABU, 25 MEI 2022

MIRI: Pelbagai aktiviti akan dianjurkan dalam Karnival Majlis Bandaraya Miri (MBM) pada 26 dan 27 Mei 2022.

Menurut MBM dalam satu kenyataan pada Selasa, karnival ini akan berlangsung dari 9 pagi hingga 7 malam di Aras 1 (Tingkat Bawah) Dewan Bandaraya Miri.

“Dalam karnival ini, pelbagai aktiviti keseronokan dan hiburan diadakan termasuk ‘Food Fiesta’, peraduan Fabulous Mom (dengan hadiah menarik), ‘Fun Fair and Games’, Roll To Get Cash, persembahan Zumba, sesi karaoke, dan “Sepetang Bersama V Toress” – Live Hiburan Muzik dan Nyanyian yang disampaikan oleh V Toress,” jelas kenyataan itu.

MBM memberitahu, karnival ini diadakan bersempena dengan Ulang Tahun Hari Bandaraya Miri yang ke-17.

Tambah kenyataan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut yang juga Datuk Bandar Miri, Adam Yii Siew Sang akan menghadiri majlis perasmian pelancaran karnival berkenaan pada 26 Mei 2022 jam 10.00 pagi yang merupakan acara kemuncak Sambutan Hari Raya Bandaraya Miri ke-17 tahun ini iaitu.

Sementara itu, kenyataan sama memaklumkan, sehubungan dengan tarikh akhir pembayaran bil taksiran MBM pada 31 Mei 2022, Jabatan R&V yang merupakan penganjur utama Karnival tersebut akan memberikan edisi terhad Ecobag sementara stok masih ada untuk pembayaran bil taksiran pada 26 dan 27 Mei 2022.-EDISI UKAS

add comment