ADUN Layar Meriahkan Upacara Miring Perayaan Gawai Peringkat Bahagian Betong

KHAMIS, 26 MEI 2022

BETONG: Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar menghadiri Upacara Miring bersempena Perayaan Gawai Peringkat Bahagian Betong bertempat di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan Betong pada Sabtu.

Upacara Miring yang merupakan upcara ritual oleh masyarakat Iban dan diterajui oleh Pejabat Daerah Betong dan dibantu oleh para Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) di daerah tersebut.

Dalam pada itu, Dato Gerald sempat beramah mesra dengan para petugas Jawatankuasa Upacara Miring tersebut.

Selesai menghadiri majlis upacara miring, Dato Gerald berkesempatan hadir ke Program ‘Jums Start Bisnes’ Jelajah Usahawan Muda SABERKAS di Betong yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kecil Pembangunan Usahawan dan Ekonomi SABERKAS Negeri Sarawak dengan kerjasama SABERKAS Cawangan Layar.

Seramai 150 peserta yang telah menghadiri program tersebut bagi melebarkan rangkaian prospek perniagaan terutamanya dalam ekonomi baru berasaskan digital untuk menjadi pendapatan.

Dato Gerald yang mewakili Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan merangkap Presiden SABERKAS Negeri Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah  berkata belia haruslah bersifat aktif serta memanfaatkan micro kredit yang telah disediakan oleh Kerajaan Sarawak dalam membantu belia mengembangkan sayap didalam keusahawanan.

Penyelaras Program, Khairulnizam Dato Khalid berkata objektif utama program diadakan adalah untuk mengetengahkan konsep keusahawanan kepada belia dengan jemputan melalui SABERKAS Cawangan daripada Layar,Saribas,Bukit Saban, Krian, Batang Ai, Engkelili, Simanggang, Kalaka dan Kabong.

Pada sebelah petangnya, Dato Gerald menghadiri penyerahan Projek Siap aiaitu Projek Jalan Ijok/Muman bertempat di Rumah Panjang Kasa Anak Neru Ijok Spak,Betong.

Projek Jalan Ijok merupakan projek jajaran jalan raya sepanjang 2.6 kilometer merupakan sebahagian daripada projek Jalan Ijok, Teguyu, Lempaong, Batu Pesok, Rantau Layang, Perdu Spak Fasa I yang telah dimulakan pada tahun 2019 namun mengalami sedikit kelewatan di atas faktor pandemik COVID-19.

Kehadiran Dato Gerald pada petang itu adalah bagi menyempurnakan serta menyaksikan penyerahan projek siap daripada pihak Kontraktor Syarikat Pembinaan Megah Jaya kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Betong yang diwakili oleh Jurutera Bahagian, Chiresly Francis Kureng serta disaksikan oleh Ketua Masyarakat setempat.

Sementara itu, Dato Gerald turut menyerahkan cek geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada beberapa Tuai Rumah Panjang Ijok, Rumah Panjang Muman, Rumah Panjang Penyuin dan Rumah Panjang Gerugu. – EDISI UKAS

add comment