Dato Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki Terima Piala Kemenangan Tempat Ketiga Pasukan Ragbi MAKSAK Sarawak

KHAMIS, 26 MEI 2022

KUCHING: Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan), Dato Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki menerima piala kemenangan tempat ketiga Cup bagi Pasukan Ragbi MAKSAK Sarawak di Wisma Bapa Malaysia.

Beliau yang juga Naib Yang Di-Pertua MAKSAK Sarawak dan Pengerusi Jawatankuasa Sukan dan Rekreasi MAKSAK menerima piala kemenangan itu daripada Pengurus Pasukan, Wazi Seman.

Turut hadir jurulatih pasukan, Zulkarnainhisham Sarbini dan kapten pasukan,  Mohd Adha Zabidi.

Sementara itu, Pasukan Ragbi MAKSAK Sarawak juga merekodkan kemenangan  bagi Kategori Bowl (2018) dan Johan Kategori Plate (2019). -EDISI UKAS

add comment