KHAMIS, 26 MEI 2022
BETONG: Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) Wanita Bahagian Betong tidak ketinggalan menganjurkan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri sempena Hari Wanita 2022 di Pejabat Residen Bahagian Betong.
Pengerusinya merangkap Residen Bahagian Betong, Richard Michael Abunawas berkata, majlis ramah tamah itu secara tidak langsung menjadi platform perpaduan masyarakat pelbagai kaum.
Katanya, keharmonian dalam kalangan masyarakat juga perlu kekal dipertahankan khususnya pada setiap musim perayaan di Sarawak.
Dalam pada itu, beliau bersama tetamu jemputan lain mengadakan lawatan ke gerai-gerai ramah tamah Aidilfitri yang diwakili oleh 11 agensi.
Antaranya ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), MRSM Betong, Politeknik Metro Betong, Jabatan Pengairan dan Saliran Betong, Jabatan Tanah dan Survei, Pejabat Kesihatan Betong, Jabatan Agama Islam Sarawak, Kolej Komuniti Betong, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Betong, MAKSAK Betong dan CENTEXS Betong. -EDISI UKAS