11 Pasukan Regu Tenis Mukah Rebut Piala DUN Tellian

ISNIN, 30 MEI 2022

MUKAH: Pertandingan Tenis Beregu Piala DUN Tellian yang telah disertai sebanyak 11 pasukan regu telah melabuhkan tirainya dengan acara penyampaian hadiah pada Ahad.

Program anjuran Perstauan Tenis Bahagian Mukah (PTBMu) telah diterajui oleh Ismandi Junaidi bersama timbalannya, Anthony Akup.

Jelas Anthony, PTBMu mula ditubuhkan pada tahun 2019 dengan jumlah ahli yang berdaftar hingga sekarang ialah seramai 56 orang.

Antara objektif PTBMu ialah melahirkan warga Mukah yang sihat melalui sukan tenis, memilih pemain untuk mewakili bahagian Mukah ke pertandingan tenis antara bahagian serta meningkatkan kerjasama dan semangat kesukanan dalam kalangan pemain tenis di Mukah.

Turut hadir memeriahkan acara berkenaan ialah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine.

Dalam pada itu, Royston mengucapkan syabas di atas proaktif PTBMu atas kejayaan mengelolakan aktiviti mereka serta menyambut baik usaha PTBMu memulakan latihan pembangunan sukan tenis bagi kanak-kanak di sekitar Mukah.-EDISI UKAS

add comment