Anyi Ikrar Bawa Pembangunan Seimbang Di DUN Ngemah

ISNIN, 30 MEI 2022

KANOWIT: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah, Anyi Jana berikrar akan memastikan pembangunan yang seimbang di kawasan itu khasnya bagi pembangunan infrastruktur.

Katanya, sebanyak RM5 juta dana diperuntukkan untuk DUN Ngemah pada tahun 2022 bagi melaksanakan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) yang akan dijalankan oleh agensi teknikal yang terlibat dalam masa terdekat.

Selain itu jelasnya, sebanyak RM1.1 juta dana projek kecil luar bandar (MRP) juga telah diluluskan bagi 86 penerima.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Program Ziarah UKAS (Ngabang Gawai) 2022 di Rumah Aji, Nanga Tada pada Ahad.

Menurutnya, penganjuran program seumpama itu boleh mengukuhkan perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum yang ada.

Sementara itu, Tuai Rumah Aji Dinggai melahirkan rasa gembira dan bangga kerana rumah panjangnya telah dipilih untuk program Ziarah UKAS Ngabang Gawai.

Menurut Penyelia UKAS Bahagian Sibu, Jelani Ajang program ini dianjurkan oleh UKAS Bahagian Sibu dengan kerjasama Pusat Khidmat ADUN Ngemah dan JKKK Rumah Aji.

Beliau juga berharap orang ramai yang hadir dapat menyambut Hari Gawai Dayak dengan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan. – EDISI UKAS

add comment