Jambatan ‘Kuning’ Rosak Dirempuh Kapal Tongkang

ISNIN, 30 MEI 2022

MUKAH: Jabatan Kerja Raya (JKR) Mukah telah mengarahkan syarikat konsesi jalan untuk segera mengalihkan serpihan konkrit dan susur tangan tergantung yang rosak di Jambatan Mukah selepas dipercayai dilanggar kapal tongkang ketika sedang melalui di bawah jambatan tersebut.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, JKR Mukah juga mengarahkan agar laluan pejalan kaki yang terjejas ditutup dan delineator/lampu berkelip dipasang untuk memberi amaran kepada pergerakan di Batang Mukah.

Untuk penilaian awal, JKR Mukah akan mendapatkan bantuan daripada syarikat konsesi jalan untuk menjalankan pemeriksaan lanjut dan semakan struktur jambatan.

Manakala penyelesaian tetap yang akan dicadangkan oleh JKR Mukah untuk kerja-kerja pembaikan laluan pejalan kaki yang rosak dan kerja-kerja dijangka akan dimulakan selepas penilaian keseluruhan jambatan dibuat oleh pakar.

Jambatan Mukah atau sinonim dengan gelaran ‘Jambatan Kuning’ mengalami kerosakan pada Sabtu kira-kira jam 3 petang selepas dilanggar kapal tongkang.

Kawasan terjejas adalah kira-kira 1.2m x 10.0m termasuk susur tangan keluli di bahagian tengah (sebelah kiri dari Mukah ke Balingian). – EDISI UKAS

add comment