Norhayatidewi Muncul Juara Pertandingan Akhir Karaoke Lagu Hari Raya Aidil Fitri SABERKAS Cawangan Piasau 2022

ISNIN, 30 MEI 2022

MIRI: Norhayatidewi Zaini muncul juara dalam Pertandingan Akhir Karaoke Lagu Hari Raya Aidil Fitri SABERKAS Cawangan Piasau 2022 dan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri SABERKAS Cawangan Piasau yang telah didakan di Bintang Plaza Megamall pada Sabtu. 

Kemenangan ini membolehkan beliau membawa pulang hadiah berjumlah RM300 dan piala.

Sementara Naib juara disandang Sharman Sidi yang membawa pulang hadiah wang tunai RM200 dan piala, dan tempat ketiga dimenangi Awang Shawal Mahathir dengan menerima hadiah wang tunai RM100 dan piala. 

Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan Timbalan Menteri Pelancongan,  Industri Kreatif dan Seni Persembahan I (Pelancongan) yang juga Pengerusi Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Cawangan Piasau. 

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut yang juga Datuk Bandaraya Miri Adam Yii Siew Sang. -EDISI UKAS

add comment