Pelbagai Aktiviti Meriahkan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Saberkas Cawangan Daro

ISNIN, 30 MEI 2022

DARO: Pelbagai aktiviti dianjurkan bagi memeriahkan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Saberkas Cawangan Daro 2022 diadakan di Dewan Masyarakat Daro pada Sabtu lepas.

Program anjuran SABERKAS Cawangan Daro itu turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro merangkap Pengerusi SABERKAS Cawangan Daro, Safiee Ahmad dan belia dari 10 unit di setiap kampung.

Menurut Safiee, kejayaan penganjuran majlis itu membuktikan para belia mampu untuk melaksanakan majlis atau program yang besar.

Katanya, Persatuan SABERKAS tidak asing lagi bagi kawasan Daro kerana ia menjadi platform belia di kawasan itu yang aktif semenjak tahun 2017.

Beliau malah berbangga dengan komitmen para ahli dan turut gembira dengan kerjasama ditunjukkan oleh semua ahli.

Harapan beliau agar SABERKAS akan menjadi sebuah pertubuhan yang membawa perpaduan antara para belia di kawasan Daro. – EDISI UKAS

add comment