Isu Bekalan Air Bersih, Elektrik Dan Benteng Di Maludam Akan Ditangani Segera

SELASA, 31 MEI 2022

PUSA: Beberapa isu khususnya di kawasan Maludam akan segera ditangani demi kesejahteran dan keselesaan penduduk setempat, jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor.

Menurutnya, terdapat beberapa isu telah diusulkan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-19 yang lepas seperti isu bekalan air bersih, isu bekalan elektrik dan juga isu benteng yang menyebabkan Kampung Maludam sering mengalami banjir ketika musim hujan di penghujung tahun.

“Terima kasih kepada JBALB kerana memastikan isu ini diselesai dengan baik dan Kementerian Utiliti Sarawak di bawah seliaan Datuk Julaihi Narawi yang telah meluluskan bajet dengan segera untuk menyelsaikan isu air di kawasan Maludam,” katanya ketika berucap di Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran DUN Lingga pada Isnin.

Jelasnya lagi, isu-isu tersebut akan segera ditangani dan diusahakan agar tidak menjadi bualan masyarakat di kawasan tersebut.

Dalam pada itu, beliau akan memastikan setiap projek pembangunan di kawasan DUN Lingga berjalan dengan baik serta memberi manfaat kepada penduduk di kawasan tersebut.-EDISI UKAS

add comment