Kerajaan Sarawak Tambah Dana Bagi Pembinaan Dewan Komuniti PASBK

RABU, 1 JUN 2022

KUCHING: Kerajaan Sarawak bersetuju untuk menambah dana bagi menyiapkan pembinaan Dewan Komuniti Pertubuhan Anak Seni Bandarsah Kuching (PASBK).

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg  memberitahu, dana ini akan membantu melengkapkan kekurangan penyiapan dewan tersebut.

“Pembinaan bangunan ini telah siap, tetapi tidak siap semuanya, masih ada kurang. Jadi kami telah membuat rundingan untuk menambah dana  bagi menyiapkan pembinaannya,” katanya dalam Majlis Ramah Tamah Aidilfitri PASBK di Hotel Waterfront, Kuching pada Selasa.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Utama PASBK Abdul Rahman Zainudin memberitahu, dewan berkenaan yang sedang giat dibangunkan di Lot 295 Kampung Bandarsah dijangka siap menjelang Ogos tahun ini.

“Status semasa pembangunan dewan yang dibina tersebut sudah mencapai 90 peratus kemajuan fizikal dan dijangka dapat memuatkan lebih 500 jemputan dalam satu masa,” ujarnya lagi.

Dalam majlis sama, bercakap mengenai Jambatan Sungai Bintangor yang kini dalam pembinaan, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari berkata, reka bentuk jambatan itu digambarkan sama seperti jambatan yang terdapat di Rotterdam.

“Pada masa ini, pembinaan jambatan baru Sungai Bintangor sedang dilakukan dan sudah tentu ia mungkin menimbulkan ketidakselesaan kepada para pendudk.

“Tetapi apabila siapnya jambatan ini, ia akan menjadi jambatan yang ikonik. Rekabentuk jambatan ini saya lihat sama seperti yang ada di Rotterdam,”ujar Premier Sarawak lagi.

Majlis turut dihadiri oleh isteri Premier Sarawak, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Penasihat Jawatankuasa Utama PASBK Datuk Abang Abdul Karim Tun Datuk Abang Openg, Penasihat Jawatankuasa Utama PASBK Tan Sri Datuk Amar Abang Ahmad Urai Datu Hakim Abang Mohideen dan mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong Datuk Mohd Naroden Majais.-EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia