Premier Sarawak Kunjungi Rumah Terbuka Gawai Dayak Datu Dr Penguang

RABU, 1 JUN 2022

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg telah berkunjung ke rumah terbuka  Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datu Dr Penguang Manggil di Kuching pada Rabu.

Beliau tiba kira-kira jam 10.30 pagi bersama isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Profesor Dr Sim Kui Hian, Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi, Ketua Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman, dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan), Dato Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Para tetamu yang hadir disajikan dengan pelbagai juadah dan dihiburkan dengan persembahan sape.-EDISI UKAS

add comment