Kementerian Pengangkutan Malaysia Anjur Jamuan Raya-Gawai Daerah Lawas 2022

KHAMIS, 2 JUN 2022

LAWAS: Kementerian Pengangkutan Malaysia telah menganjurkan Jamuan Raya-Gawai Daerah Lawas 2022 dan Persembahan Kebudayaan bertempat di Taman Awam Lawas, baru-baru ini. 

Majlis ini diadakan bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan perayaan Gawai. 

Hadir memeriahkan majlis Timbalan Premier Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Sari Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Lawas Dato’ Henry Sum Agong serta Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Malaysia Datuk Isham Ishak, Setiausaha Persekutuan Sarawak Dato’ Amir Omar, Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia Dato’ Zailani Hashim, Pemangku Residen Bahagian Limbang Sebi Abang dan Pejabat Daerah Lawas Ladin Atok.

Pelbagai acara menarik dan persembahan kebudayaan diadakan antaranya persembahan tarian kaum Iban, tarian suku kaum Lun Bawang etnik Sarawak dan Sabah serta persembahan nanyian lagu Hari Raya dan cabutan bertuah.-EDISI UKAS

add comment