Persatuan Guang Ning Miri Raikan Perayaan Duan Wu Jie

KHAMIS, 2 JUN 2022

MIRI: Persatuan Guang Ning Miri meraikan sambutan perayaan Duan Wu Jie atau Dumpling Festival dengan menyediakan jamuan makan masakan Guang Ning di sebuah kafe di sini pada Selasa.

Menteri Pengangkutan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin Dato Sri Lee Kim Shin hadir dan memeriahkan sambutan itu bersama para jemputan.

Perayaan ini merupakan salah satu hari perayaan tradisional yang disambut oleh semua masyarakat Cina.

Turut hadir, Presiden Persatuan Guang Ning Miri Ten Chu Kiong.-EDISI UKAS

add comment