PETRONAS Sumbang Bantuan Kepada Ibu Tunggal, OKU, Warga Emas Kawasan Lawas

KHAMIS, 2 JUN 2022

LAWAS: Seramai 150 orang ibu tunggal, Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas di kawasan Lawas menerima bantuan makanan dan kewangan daripada PETRONAS.

Penyerahan bantuan tersebut telah diadakan di Pejabat Daerah Lawas pada Selasa bermula jam 8.30 pagi hingga 3:00 petang untuk seramai 100 orang penerima.

Manakala, seramai 50 penerima lagi telah menerima bantuan mereka lebih awal daripada Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) Daerah.

Dalam pada itu, penerima bantuan merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada PETRONAS di atas sumbangan ini yang sedikit sebanyak membantu keperluan harian keluarga mereka.-EDISI UKAS

add comment