ADUN Meradong ‘Ngabang Gawai’ Bersama Komuniti Parti SUPP Cawangan Bintangor

JUMAAT, 3 JUN 2022

BINTANGOR : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing telah meluangkan masa meraikan perayaan Hari Gawai Dayak bersama Komuniti Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bintangor dan Ketua Zon Bintangor di 15 buah rumah panjang pada Rabu.

15 buah rumah panjang yang dilawati adalah di kawasan Sunai Mador, Sungai Tulai, Sungai Kawi dan di Jalan KJD Bintangor.

Menurut Datuk Ding, suasana sambutan Hari Gawai pada tahun ini adalah amat berbeza kerana banyak anak muda dan saudara balik dari luar kawasan untuk meraikan perayaan Hari Gawai bersama ahli keluarga tersayang.

“Dengan peluang ini, saya mengucapkan Selamat Hari Gawai Dayak kepada semua penduduk iban di kawasan DUN Meradong dan berharap hubungan yang baik antara satu sama lain haruslah diteruskan,” katanya.

Sementara itu, pada keesokan harinya pula Datuk Ding turut berkesempatan menziarahi 12 buah Rumah Panjang di kawasan Jambatan Merah Bintangor, Tanah Putih, Sungai Petai, Sungai Baron, Skim B Meradong, Sungai Meradong, Nanga Stras, Sungai Lemanyong, Sungai Buloh Bintangor dan Ulu Stras.-EDISI UKAS

add comment