Dato Henry Jinep Adakan Program Kunjung Mesra Gawai

JUMAAT, 3 JUN 2022

BAU: Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Henry Harry Jinep mengadakan program ‘Kunjung Mesra Gawai’ di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tasik Biru pada Rabu.

Menerusi kunjungan itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tasik Biru telah menyampaikan sumbangan berupa juadah sempena Hari Gawai kepada beberapa keluarga yang telah disenaraikan sebagai kurang berkemampuan di kawasan tersebut.

Menurut Dato Henry, inisiatif sedemikian bagi meraikan sambutan Hari Gawai agar lebih meriah dan bermakna.

Program tersebut turut dihadiri ketua-ketua kampung di kawasan DUN berkenaan.-EDISI UKAS

add comment