AHAD, 5 JUN 2022
BATU NIAH: Seramai 35 peserta dari 7 pasukan telah menyertai Kejohanan E-Sport (Mobile Legend) bersempena Bulan Digital IDECS 2022 pada Sabtu.
Kejohanan anjuran Digital Community Centre (DCC) Batu Niah itu adalah bertujuan untuk mengasah bakat para pemain e-sport di kalangan belia di daerah Subis dan memupuk semangat berpasukan para pemain e-sport.
Selain itu, ia juga bertujuan untuk memperkenalkan DCC Batu Niah kepada golongan belia sebagai tempat untuk berkumpul dan mengadakan program dan aktiviti bersama komuniti.
Entity Reborn muncul juara dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM300 beserta medal. -EDISI UKAS