ADUN Meradong Sumbang RM10,000 Kepada Gereja Methodist Iban Pasar Bintangor

AHAD, 5 JUN 2022

BINTANGOR: Gereja Methodist Iban Pasar Bintangor yang sedang dalam pembinaan menerima suntikan dana sebanyak RM10,000 dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing.

Datuk Ding mengumumkan berita gembira itu semasa menghadiri Majlis Gawai Dayak Gereja Methodist Iban Pasar Bintangor 2022 di Rumah Ingol, Sg Mador Bintangor pada Ahad.

Katanya, dana dari Projek Kecil Luar Bandar (MRP) itu digunakan untuk menampung kos pembinaan gereja berkenaan.

Selain itu, Datuk Ding turut menyumbangkan sebanyak RM3,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Ingol. Sg Mador Bintangor Untuk menjalankan aktiviti tahunan rumah panjang.

Katanya, inisiatif penganut Gereja Methodist Iban Pasar Bintangor mengadakan Majlis Gawai Dayak bersama dengan penduduk Rumah Panjang Ingol harus dikekalkan dan dilihat langkah terbaik untuk menarik minat lebih ramai masyarakat terutamanya penganut di luar bandar menyertai sembahyang di Gereja Methodist Iban Pasar Bintangor. – EDISI UKAS

add comment