AADK Anjur Mini Futsal Bersama Masyarakat Balingian, Elak Penyalahgunaan Dadah

ISNIN, 6 JUN 2022

BALINGIAN: Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Bahagian Mukah dengan kerjasama Kelab Sukan dan Rekreasi Balingian telah menganjurkan Kejohanan Mini Futsal Balingian dan Gawai 2022 bertempat di Gelanggang Serbaguna, Kampung Pulat pada Sabtu.

Wakil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Che Ghazali Arbi dalam ucapannya berkata penganjuran seperti ini amat digalakkan bagi mengelakkan kecenderungan masyarakat khususnya golongan belia terhadap aktiviti yang tidak sihat seperti pengambilan dadah.

Jelasnya, penyalahgunaan dadah bukan sahaja merosakkan diri sendiri malah turut mempengaruhi keluarga dan masyarakat.

Dalam pada itu, penganjuran mini futsal tersebut melibatkan lapan pasukan di sekitar Balingian iaitu Family FT, Unknown FT, Kuala Mas FT, Pumali FT, Macha FT, Balingian Brotherhood FT, One Head FT dan Suyong FT.

Johan bagi kejohanan tersebut telah dimenangi Uknown FT dengan mengalahkan Pumali FT manakala tempat ketiga dimenangi oleh Kuala Mas FT dan Macha FT.

add comment